🤔 UMUM & PENDAFTARAN
Apa itu Frenz.my?
Frenz.my adalah platform pertemuan terbesar untuk content creator di Malaysia yang menghubungkan influencer, support team, dan syarikat dalam satu tempat.
Siapa yang boleh mendaftar di Frenz.my?
Tiga jenis pengguna boleh mendaftar:
• Influencer - Content creator & public figure
• Support Team - Videographer, editor, designer dll
• Syarikat - Business yang mencari kolaborasi
Berapakah yuran pendaftaran?
Percuma sehingga 28 Februari 2026! Selepas itu, plan langganan bermula:
• Influencer: RM30/bulan atau RM300/tahun
• Support Team: RM15/bulan atau RM150/tahun
• Syarikat: RM50/bulan atau RM500/tahun
Bagaimana proses pendaftaran?
1. Pilih jenis pendaftaran (Influencer/Support Team/Syarikat)
2. Isi borang dengan maklumat lengkap
3. Sahkan email melalui link yang dihantar
4. Tunggu approval admin (1-2 hari bekerja)
5. Profil anda akan aktif!
💰 BAYARAN & LANGGANAN
Bilakah bayaran perlu dibuat?
Bayaran pertama perlu dibuat selepas 1 Mac 2026. Sebelum tarikh itu, semua pendaftaran adalah percuma.
Apa yang berlaku jika tidak bayar?
Profil anda akan di-auto delete selepas tamat tempoh percuma jika anda tidak memilih plan langganan.
Bolehkah saya tukar plan langganan?
Ya, anda boleh upgrade atau downgrade plan pada bila-bila masa. Perubahan akan berlaku pada billing cycle seterusnya.
Adakah terdapat bayaran tersembunyi?
Tidak ada bayaran tersembunyi. Semua harga adalah seperti yang dipaparkan. Harga termasuk GST (jika berkenaan).
🔍 CARIAN & KOLABORASI
Bagaimana carian berfungsi?
Anda boleh mencari berdasarkan:
• Nama atau kata kunci
• Negeri/lokasi
• Kategori content
• Platform media sosial
Bagaimana menghubungi pengguna lain?
Melalui maklumat hubungan yang diberikan dalam profil (WhatsApp, telefon, email). Frenz.my bertindak sebagai platform pengenalan sahaja.
Adakah Frenz.my terlibat dalam urusan bayaran antara pengguna?
Tidak. Frenz.my hanya menyediakan platform untuk pertemuan. Urusan bayaran dan perjanjian adalah antara pengguna.
⚙️ PENGURUSAN PROFIL
Bolehkah saya edit profil selepas daftar?
Ya, anda boleh edit, re-upload, dan delete listing anda pada bila-bila masa melalui dashboard pengguna.
Berapa lama masa untuk approval profil?
Biasanya 1-2 hari bekerja. Admin akan semak kelengkapan maklumat sebelum meluluskan.
Apa yang perlu dilakukan jika lupa password?
Gunakan feature "Lupa Password" di halaman login. Link reset password akan dihantar ke email anda.
Bolehkah saya delete akaun?
Ya, hubungi admin di admin@frenz.my untuk proses penghapusan akaun.
🛡️ KESELAMATAN & PRIVASI
Adakah maklumat peribadi saya selamat?
Ya, kami melindungi data peribadi anda. Email tidak dipaparkan publicly untuk keselamatan.
Apa yang perlu dilakukan jika menemui profil palsu?
Segera laporkan ke admin@frenz.my dengan bukti yang relevan. Kami akan siasat dan mengambil tindakan.
Bagaimana Frenz.my melindungi pengguna?
Dengan sistem verification, monitoring oleh admin, dan feature reporting untuk sebarang penyalahgunaan.